Jenis Lelongan Hartanah Di Malaysia

2 Jenis Lelongan

Lelongan LACA

Lelongan Perjanjian Pinjaman Dan Serah Hak/ Loan Agreement Cum Assignment (LACA)

Lelongan jenis ini dilakukan oleh bank untuk hartanah yang tidak mempunyai hak milik individu atau strata.

Untuk lelongan LACA, jumlah deposit yang perlu diserahkan kepada pelelong biasanya 5% daripada harga hartanah.

Jika lelongan tidak berjaya mendapatkan pembeli, akan ada lelongan berikutnya, di mana harga rizab untuk setiap lelongan berikutnya akan berkurangan sebanyak 10% daripada harga sebelumnya.

Baki belian perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari selepas bidaan telah berjaya ke atas hartanah LACA.

Lelongan Non-LACA

Lelongan Perjanjian Bukan Pinjaman Dan Serah Hak/ Non-Loan Agreement Cum Assignment (Non-LACA)

Lelongan non-LACA pula dijalankan melalui Mahkamah Tinggi untuk hartanah yang mempunyai hak milik individu atau strata.

Jika tiada pembida yang berjaya untuk hartanah non-LACA, lelongan susulan boleh diadakan kira-kira enam bulan kemudian.

Sama seperti lelongan LACA, harga rizab untuk setiap lelongan berikutnya adalah 10% lebih rendah daripada harga sebelumnya.

Berbeza daripada lelongan LACA, baki belian hartanah non-LACA boleh diselesaikan dalam masa 120 hari selepas pembelian.

Ketahui Hak Anda Sebagai Pemilik Rumah

Berdepan dengan penyitaan rumah kesayangan adalah situasi perit dan sukar untuk sesiapa saja.

Tapi, menangis air mata darah pun tak guna sebabnya anda sebagai pemilik rumah perlu tahu tentang hak undang-undang yang boleh menyelamatkan anda dan harta benda.

Jom kita tengok apa anda wajib buat dan 3 pantang larang JANGAN buat!

4 perkara wajib buat!

  1. Pastikan bil dan alamat surat menyurat anda sah dan terkini. Ini kerana pihak bank mungkin akan mengirimkan notis terakhir kepada anda, dan jika anda tak terima ia boleh menimbulkan masalah serius.
  2. Pastikan anda menerima notis daripada pihak bank (diwajibkan oleh undang-undang) sekiranya hartanah anda akan disita.
  3. Berkomunikasilah dengan bank anda untuk mencari penyelesaian terbaik untuk membiayai pinjaman anda. Ia boleh dilakukan dengan menyusun semula pinjaman anda, menyewa atau menjual hartanah terbabit.
  4. Pertimbangkan untuk menjual rumah anda sebagai unit subsale jika anda tak mampu membayar ansuran bulanan dan mengelakkan kegagalan membayar pinjaman (ia menjejaskan rekod kredit anda).


3 perkara jangan buat!

  1. Adalah sesuatu yang keji atau bodoh jika anda memilih untuk menghilangkan diri secara tiba-tiba, meninggalkan keluarga / saudara untuk menyelesaikan semua masalah perundangan dan kewangan anda. Banyak cantik!
  2. Elakkan diri daripada terikat dengan situasi yang boleh menambahkan beban perbelanjaan. Sebabnya, kewangan semasa anda mungkin tak cukup untuk menampung gaya hidup dan hutang / pinjaman anda.
  3. Jangan malu meminta pertolongan sekiranya anda ada masalah kewangan. Berbincanglah dengan bank. Walaupun anda seorang introvert atau malu mengaku anda sekarang sedang susah, adalah penting untuk anda berunding dengan pihak bank dengan lebih awal. Mana tahu yang anda sebenarnya layak mendapat pengurangan pembayaran ansuran atau pelanjutan tempoh pinjaman.

Penyitaan hartanah boleh dielakkan dengan berpegang kepada 2 perkara utama ini: Jangan sekali-kali mengambil pinjaman yang tak mampu dibayar, dan selalulah membuat pembayaran tepat pada waktunya!

Bagaimana Hartanah Di Lelong?

Selalu sangat kita nampak notis mengenai ‘rumah lelong’ atau ‘bank lelong’ yang ditampal pada serata tiang dan dinding, tetapi apakah maksudnya?

Lelong bermaksud hartanah atau rumah terbabit telah dilelong oleh pihak bank kerana peminjam (anda) ada masalah untuk bayar ansuran bulanan pinjaman.

Memang tak seronok kalau hartanah sendiri kena lelong. Manakan tak, anda kehilangan kediaman, dan mungkin juga semua yang ada di dalamnya – termasuklah barang berharga, serta perabot / kelengkapan mewah.

Itu tak ambil kira lagi duit yang anda belanjakan untuk hias atau ubah suai rumah! Fuh, sedih… Tapi tau tak, sebelum rumah anda dilelong, ia perlu melalui proses penyitaan.

Bagi memastikan anda tahu semua hak berkaitan proses ini dan bagaimana cara terbaik untuk mengelaknya, teruskanlah membaca supaya anda tak perlu lalui situasi perit ni.

Apabila anda memohon pinjaman perumahan daripada pihak bank, adalah menjadi tanggungjawab ANDA untuk membuat pembayaran bulanan sehingga pinjaman itu selesai.

Satu perkata yang pasti : anda jangan sesekali atau banyak kali tak bayar ansuran bulanan pinjaman anda. Kerana dalam situasi ni, anda akan dianggap telah berhenti/tak mampu bayar pinjaman bank.

Memandangkan anda tak lagi mampu bayar bank, jadi mereka terpaksalah cari jalan lain untuk mendapatkan semula semua baki pinjaman anda.

Di sinilah, ‘permainan’ akan bermula. Rumah anda boleh (dan AKAN) disenaraikan untuk dijual bagi menarik minat pembeli dengan tawaran tertinggi, sama ada dalam lelongan swasta atau awam.

Untuk pemahaman lebih jelas, penyitaan berlaku apabila peminjam tak dapat melunaskan hutangnya, dan pemberi pinjaman kemudiannya berhak memaksa peminjam untuk menjual aset yang digunakan sebagai cagaran.

Cara Beli Rumah Lelong Di Malaysia!

Jika anda antara pencari rumah yang tidak pasti samada pembelian rumah lelong bagus atau tidak, artikel ini adalah untuk anda!

Mungkin anda pernah tertanya-tanya bagaimana proses untuk mendapatkan hartanah lelong, atau mungkin sedang mempertimbangkannya kerana ramai yang berpendapat bahawa harga hartanah lelong jauh lebih murah dan sangat berbaloi untuk pelaburan,

Oleh itu, kami akan cuba sebaik mungkin untuk membantu anda menguraikan pelbagai aspek berkaitan rumah atau hartanah lelong.

Secara dasarnya, lelongan hartanah adalah proses kompetitif terbuka dalam pasaran yang digunakan untuk memindahkan hak harta benda.

Dalam erti kata lain, ia adalah salah satu mekanisme yang digunakan untuk memindahkan hak pemilikan dari satu pihak ke pihak yang lain secara sah.

Ada beberapa sebab kenapa rumah dilelong. Antara sebab utama adalah kerana tuan rumah gagal membayar ansuran rumah dan baki tunggakan, jadi tuan rumah terpaksa lepaskan pemilikan rumah atas arahan bank.

Untuk membeli rumah lelong, anda harus pastikan ada ilmu yang betul dan cukup sebelum bermula.

Teruskan membaca panduan di bawah untuk mengetahui proses mencari dan membeli hartanah lelong, selok belok dalam proses hartanah lelong, serta kelebihan dan kekurangannya!

Apakah Langkah Untuk Menyertai Lelongan Hartanah?

6 Langkah Penyitaan Hartanah

Selalu sangat kita nampak notis mengenai ‘rumah lelong’ atau ‘bank lelong’ yang ditampal pada serata tiang dan dinding, tetapi apakah maksudnya?

Lelong bermaksud hartanah atau rumah terbabit telah dilelong oleh pihak bank kerana peminjam (anda) ada masalah untuk bayar ansuran bulanan pinjaman.

Memang tak seronok kalau hartanah sendiri kena lelong. Manakan tak, anda kehilangan kediaman, dan mungkin juga semua yang ada di dalamnya – termasuklah barang berharga, serta perabot / kelengkapan mewah.

Itu tak ambil kira lagi duit yang anda belanjakan untuk hias atau ubah suai rumah! Fuh, sedih… Tapi tau tak, sebelum rumah anda dilelong, ia perlu melalui proses penyitaan.

Bagi memastikan anda tahu semua hak berkaitan proses ini dan bagaimana cara terbaik untuk mengelaknya, teruskanlah membaca supaya anda tak perlu lalui situasi perit ni.

Bagaimana Hartanah Di Lelong?


Apabila anda memohon pinjaman perumahan daripada pihak bank, adalah menjadi tanggungjawab ANDA untuk membuat pembayaran bulanan sehingga pinjaman itu selesai.

  • Surat peringatan pertama:
    • Bank keluarkan surat peringatan pertama
  • Notis amaran akhir:
    • Dikeluarkan pada bulan kedua selepas surat peringatan pertama
  • Peguam bank hantar surat:
    • Bank hantar surat tuntut jelaskan baki tunggakan (jumlah wang terhutang) dalam 14 hari pada bulan ke-3 dan ke atas
  • Bank hantar ‘Letter of Facility Withdrawal’:
    • Anda perlu jelaskan baki keseluruhan pinjaman dalam masa maksimum 14 hari!
  • Masuk mahkamah:
    • Anda perlu hadir ke mahkamah.
    • Peguam bank akan mohon arahan penjualan dari mahkamah
    • Jurulelong dilantik
  • Harga rizab (reserve price) ditentukan
    • Penilai hartanah akan menentukan harga rizab hartanah anda untuk dilelong
    • Bergantung kepada harga pasaran dan baki pinjaman belum dijelaskan

2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!