Cerita Rumah.cash : Baik 🫡

Baik 🫡

Lepas raya kita buat site & area visit!
Boleh terus minum bersama. Kan?

——-

Seorang brader menyatakan hajat nak beli 1 rumah tinggal (terabai selama 4-5 tahun) berdekatan dengan area dia duduk.

Dia perhatikan selepas pemilik men*ngg*l 4-5 tahun lepas, rumah tersebut seakan terabai tiada siapa datang jenguk.

Adakah tuan rumah;

Tiada waris?

Waris tinggal jauh untuk uruskan?

Waris tak mahu uruskan?

Waris tak tau kewujudan rumah tersebut?

.

Persoalan yang perlu disingkap sebelum lanjut ke proses jual beli. Kalau nak jual lah.

Oh,

Brader ni juga bercerita, pemilik sewaktu men*ngg*l, selepas 3 hari baru jiran-jiran perasan.

InshaAllah kita cari jalan.

p/s: korang berani beli rumah ada kisah camni?

#rumahdotcash
#DistressedProperty
#ceritahartanah
#pusaka

Cerita Rumah.cash : Kannnn????

Kannnn????

Aduhh, soalan pun……

😌

#rumahdotcash
#distressedproperty
#ceritahartanah

Cerita Rumah.cash : Cara TERPALING SIMPLE dapatkan info rumah yang giler-giler murah!

Cara TERPALING SIMPLE dapatkan info rumah yang giler-giler murah! Satu ni je dah cukup power!

Bila sebut rumah-rumah murah, dalam kepala otak mesti dah terfikir pasal lelong kan? Betul lah tu..

Tapi,

1. berapa murah boleh dapat rumah-rumah lelong ni?

2. camna nak cari yang betul2 murah?

3. Nak selak satu persatu, letih gak bang..

Jom aku ajar 1 cara yang cukup simple, yang cukup mudah & dapat bantu korang plan next move dengan lebih lancar.

— CARA LAJU CEKIDAUT INFO RUMAH LELONG MURAH2! —

1. Buka website lelong.

2. Contoh sini auctionprodotmy

3. Pilih kawasan mana korang nak (rujuk gambar).

4. Filterkan "from lowest price"

5. Tadaaaa! Sistem akan paparkan rumah-rumah lelong dari harga paling rendah!

Cekidaut la ikut kesenangan hati.

Study & buat due d sebelum proceed.

Follow untuk lebih tip & cerita hartanah arus underground.

Takdelah underground pun..😆
cuma kongsi perkara & cerita berbeza.

– Hazran –
#rumahdotcash

Cerita Rumah.cash : Jarang sekali unit nak dilelong dapat gambar dalam macam ni.

Jarang sekali unit nak dilelong dapat gambar dalam macam ni. 🤭

Biasanya pandai2lah uols tengok dari luar je kan?

#rumahdotcash
#distressedproperty
#ceritahartanah

Cerita Rumah.cash : Guys, elakkan terjerat dalam kesalahan beli property.

Guys, elakkan terjerat dalam kesalahan beli property. Impaknya besar & lama…
#ceritahartanah #rumahdotacsh #cerita #rumah #distressedproperty

Cerita Rumah.cash : Dari pemilik rumah busuk kepada peniaga viral.

Dari pemilik rumah busuk kepada peniaga viral.

—-

Ada seorang pemilik rumah busuk yang pernah aku bantu dahulu.

Tujuan brader ni nak melupuskan (menjual) rumah tersebut.

Tapi ada kekangan ketika itu kerana dia dalam status b**ngkrap.

Aku offer untuk bantu & alhamdulillah selesai.

Aku masih ingat di awal perjumpaan dengan brader ni, dia dah bagitau niat nak berniaga makanan bila selesai isu rumah & status b**ngkrap yang agak menghalang akses & pergerakan dia.

Now geng, impian dia dah tercapai.
Siap viral kau katanya 😄
Ramai komen kata sedap.

InshaAllah den sampai nanti nak merasa.

Semoga perniagaan beliau terus maju diberkati Allah serta menjadikan beliau orang yang lebih baik kepada agama, keluarga, masyarakat & negara.

amiinnnn.

———————-

#rumahdotcash
#distressedhousemalaysia
#ceritahartanah

Cerita Rumah.cash : Joint Loan, Isu Yang Boleh Terjadi Kat Sesiapa!

Joint Loan, Isu Yang Boleh Terjadi Kat Sesiapa!

Fesofol, kita kena bersetuju takda siapa nak perkara macam ni berlaku.

Ini cuma perkongsian cerita hartanah.
Kali ni berkaitan joint loan.

Pasangan ni berpisah & salah satu pihak berhenti buat bayaran ansuran pembiayaan.

Apa pendapat kawan-kawan?
Apa lagi info Rumah.cash patut dapatkan sebelum buat keputusan untuk tolong beliau?

#rumahdotcash
#distressedhousemalaysia
#ceritahartanah
#theflipperstorey

Cerita Rumah.cash : Joint loan!

Joint loan! – Case Study pengalaman jual 1 buah rumah subsale.

Si pembeli laki muda lagi, nak beli satu nama tak lepas. Payslip kurang cantik.

Jadi anak muda ni nak joint loan dgn tunang dia.

Ye, baru bertunang oiii!!!
Tarikh kahwin dalam 5-6 bulan akan datang.

Aku tak benarkan.

Cantikkan payslip dulu kerana anak muda ni baru tukar tempat kerja dengan gaji yang lebih besar.

Isu simple.

Alhamdulillah, beliau ikut kata & nasihat sebab akhirnya…

.
.
.
.

Nikah juga dia dengan tunang beliau tu.
Bahagia sampai la ni & kita doakan mereka bahagia & diberkati sampai ke akhir hayat. aaminnn.

So, aishhhhhh ok lah tu kan?

😌

Next ada cerita terbaru pasal joint loan juga & kali ni kisahnya tak seindah impian, cita-cita, kasih yang disimpul awal bersama.

– Hazran –

#rumahdotcash
#distressedhousemalaysia
#ceritahartanah

Cerita Rumah.cash : Another kes pusaka.

Another kes pusaka.

Kesekian kalinya Rumah.cash handle kes berkaitan waris & pusaka.

Ada yang straight forward.
Ada juga yang agak kompleks.

Kadang tu sesimple 'takda masa' & 'takda siapa nak handle' jadikan urusan tak selesai bertahun-tahun.

Yang mencabar & kompleks -> bergaduh, berlapis-lapis atau yang langsung tiada waris!

Berwarna-warni kisahnya.

Nasihat aku uruskanlah secepat mungkin atau buat wasiat siap-siap.

Bukan soal gelojoh, rakus atau tak umpama hati & perasan orang lain.

Benda tanggungjawab & amanah.

"Eh kau ni, tak menyempat la Wahub. Tanah masih merah sibuk pasal nak bahagi2 harta Ismet Ulam Raja."

😌

#pusaka
#hartapusaka
#ceritahartanah
#distressedhousemalaysia
#rumahdotcash

Cerita Rumah.cash : “Kau kelentong je pakcik kau tu, dia bukan ingat pun….”

"Kau kelentong je pakcik kau tu, dia bukan ingat pun…."

Gitulah ayat makcik Kiah (bukan nama sebenar) bila makcik bertanya tentang baki jualan rumah (rumah busuk) suami dia.

Makcik Kiah sebenarnya tak mau semua jumlah baki jualan rumah tersebut dimasukkan ke acc suaminya. Dalam masa yang sama, tak mau pula pakcik tau sebahagian dimasukkan ke acc makcik supaya makcik boleh kawal & simpan.

Makcik risau pakcik akan gelap mata & uang tersebut licin tanpa sedar.
.

"Pakcik senang sangat percaya cakap orang, kawan cerita peluang buat duit, semua dia nak cuba!

"Deposit yang dapat aritu, licin dahh tak sampai seminggu ntah ape barang dia beli! Kononnya boleh dapat balik berganda!"

.
.
.

Begitulah,

Aku selalu ingatkan pemilik-pemilik rumah (rumah busuk) yang berurusan dengan Rumah.cash supaya gunakan duit hasil jualan tu sebaik-baiknya.

Fikirkanlah, rumah tersebut akhirnya menabur jasa kepada pemilik yang selama ni mungkin give up, buntu @ berserah saja.

Maka,
Manfaatkanlah ia secara berhemah.

.

Ini salah satu kisah dari sekian banyak cerita..

Next time, aku tulis cerita lain pula.. 🫡
.

Sesiapa yang ada atau cuba mencari owner rumah2 tinggal / busuk, boleh contact aku.

wasap.my/60177006770/

Kita selamatkan lagi seberapa banyak rumah yang boleh! 💪🏽

InshaAllah.

– Hazran Zuberi –

#rumahdotcash
#rumahbusuk
#distressedhousemalaysia
#ceritahartanah

2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!