Ketahui Hak Anda Sebagai Pemilik Rumah

Berdepan dengan penyitaan rumah kesayangan adalah situasi perit dan sukar untuk sesiapa saja.

Tapi, menangis air mata darah pun tak guna sebabnya anda sebagai pemilik rumah perlu tahu tentang hak undang-undang yang boleh menyelamatkan anda dan harta benda.

Jom kita tengok apa anda wajib buat dan 3 pantang larang JANGAN buat!

4 perkara wajib buat!

  1. Pastikan bil dan alamat surat menyurat anda sah dan terkini. Ini kerana pihak bank mungkin akan mengirimkan notis terakhir kepada anda, dan jika anda tak terima ia boleh menimbulkan masalah serius.
  2. Pastikan anda menerima notis daripada pihak bank (diwajibkan oleh undang-undang) sekiranya hartanah anda akan disita.
  3. Berkomunikasilah dengan bank anda untuk mencari penyelesaian terbaik untuk membiayai pinjaman anda. Ia boleh dilakukan dengan menyusun semula pinjaman anda, menyewa atau menjual hartanah terbabit.
  4. Pertimbangkan untuk menjual rumah anda sebagai unit subsale jika anda tak mampu membayar ansuran bulanan dan mengelakkan kegagalan membayar pinjaman (ia menjejaskan rekod kredit anda).


3 perkara jangan buat!

  1. Adalah sesuatu yang keji atau bodoh jika anda memilih untuk menghilangkan diri secara tiba-tiba, meninggalkan keluarga / saudara untuk menyelesaikan semua masalah perundangan dan kewangan anda. Banyak cantik!
  2. Elakkan diri daripada terikat dengan situasi yang boleh menambahkan beban perbelanjaan. Sebabnya, kewangan semasa anda mungkin tak cukup untuk menampung gaya hidup dan hutang / pinjaman anda.
  3. Jangan malu meminta pertolongan sekiranya anda ada masalah kewangan. Berbincanglah dengan bank. Walaupun anda seorang introvert atau malu mengaku anda sekarang sedang susah, adalah penting untuk anda berunding dengan pihak bank dengan lebih awal. Mana tahu yang anda sebenarnya layak mendapat pengurangan pembayaran ansuran atau pelanjutan tempoh pinjaman.

Penyitaan hartanah boleh dielakkan dengan berpegang kepada 2 perkara utama ini: Jangan sekali-kali mengambil pinjaman yang tak mampu dibayar, dan selalulah membuat pembayaran tepat pada waktunya!

Sekiranya anda seorang pesara tentera dan memiliki rumah terbiar, hubungi kami untuk dapatkan penyelesaian dan buat keuntungan.

2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!