Cerita Rumah.cash : 2 lagi rumah busuk bakal diselamatkan.

2 lagi rumah busuk bakal diselamatkan.
InshaAllah.

Sesiapa yang ada atau tahu rumah busuk, rumah tinggal, masalah pusaka, hakmilik dilucutkan, beban hutang, boleh bagitau & maklumkan pada team Rumah.cash

Bila kita faham selok belok, undang2, tatacara berkaitan masalah-masalah di atas, inshaAllah kita dapat bagi solusi terbaik untuk kita bantu mereka yang memerlukan.

Ini adalah suatu perjuangan. 😁

Ohh ya, ada yang berminat nak sertai usaha sama dengan team rumah.cash?
Bolehlah roger2.

#rumahdotcash
#RumahBusuk
#rumahbusukhunter
#ceritahartanah
#renslife
#rumahmurah
#negerisembilan

Cerita Rumah.cash : Join channel telegram untuk update terkini.

Join channel telegram untuk update terkini.
Mana tau keluar rumah2 below market yang cun2 nanti.

https://t.me/+SIpUpvR-EMZmZjk1

Rumah-rumah untuk dijual sekitar Selangor yang available sekarang.

1. Double Storey Bandar Botanic Klang – RM530k Negotiable ✅
https://t.me/c/1878145465/4

2. Double Storey Semi D Taman Kajang Impian Seksyen 7 Bangi – RM1.08m Negotiable ✅
https://t.me/c/1878145465/15

3. Double Storey Terrace, Seksyen 15, Garden Homes Bandar Baru Bangi – RM530k Negotiable ✅
https://t.me/c/1878145465/31

4. Single Storey Semi D Taman Sri Bayu, Near Bagan Lalang Beach, Sepang – RM350k Negotiable ✅
https://t.me/c/1878145465/42

https://t.me/c/1878145465/55

Hazran
REN48284
Maxxan Realty Sdn Bhd
rumah.cash

Cerita Rumah.cash : Rumah di Garden Homes, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Rumah di Garden Homes, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Satu unit nk dilepaskan 530 k. Wajib ada dp 10%.
Leasehold. Bumi Lot.
20'x65'. Unit dah ade plaster ceiling.

Wasap utk details.
.
.
.
rumah.cash bg below MV punyer… 😁

#rumahdotcash
#rumahmurah
#ceritahartanah
#renslife

Cerita Rumah.cash : Hi.

Hi.

To anyone looking for a Double Storey Semi D House in Bandar Baru Bangi. I have one up for sale at Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

A FREEHOLD unit. Renovated, kitchen extended, and newly painted.

Five (5) minutes walking distance to Surau, 5 minutes walk to McDonald's Seksyen 7, BBB.

You will find that this place has a nice, friendly neighborhood.
A good place for your family.

Only 1.5km to SK Seksyen 7 & 3 km away from SMK Jalan Empat.

For more information and details, please contact me.
Photos are for reference only.

http://wasap.my/60177006770/semidKajangImpian

Hazran
REN48284
Maxxan Realty

Cerita Rumah.cash : Rumah Banglo Di Pulau Indah, Klang.

Rumah Banglo Di Pulau Indah, Klang.

Tanah berkeluasan 4,284 sft.
Kalau ada bajet lebihan di masa depan, boleh buat kolam renang saiz sederhana.

RM410k, tapi ni boleh bincang lagi. Silap-silap boleh dapat rege Semi-D nanti. Semi-D keluasan tanah dalam 3,200 sft saja.
Banglo ni 4,284 sft.

Rumah dah ubah suai. Luar & dalam.
Perimeter luar dah siap didirikan tembok keliling untuk lebih privacy pembeli & keluarga. Bahagian dalam, boleh tengok video & boleh mesej untuk dapatkan lagi gambar2.

Nak buat homestay, terpulang pada pembeli.

Nak duduk sendiri, memang cuci kaki je masuk rumah ni.
Masukkan perabot & design sendiri konsep yang uols nak. Dah boleh duduk.

Rumah di Pulau Indah semakin mahal. Cuba cek Semi D berapa nak ju-al? Disebabkan ada sebijik je yang macam ni di Pulau Indah, jangan tunggu lama2.

Boleh wasap untuk sebarang pertanyaan.

https://wa.me/601110054514
https://wa.me/601110054514
https://wa.me/601110054514

Cerita Rumah.cash : 2 Jenis Lelongan Hartanah di Malaysia.

2 Jenis Lelongan Hartanah di Malaysia.

.

Baca lanjut di blog kami di rumah.cash.

.

Rumah.cash
.

Whatsapp:-
https://wa.me/601110054514
Laman web:-
https://www.rumah.cash
Instagram:-
https://instagram.com/_rumah.cash
Tiktok:-
https://www.tiktok.com/@rumah.cash
.
#rumahcash #rumahdotcash #RumahBusuk #hartanah #hartanahmalaysia #ejenhartanah #EjenHartanahBerdaftar

Kekurangan Lelongan Hartanah

Kajian yang banyak

Sekiranya anda tidak mengetahui tentang pasaran perumahan, anda perlu melakukan penyelidikan yang banyak sebelum dapat membeli rumah lelong.

Anda perlu memahami topik rumah lelong ini dari segi undang-undang, cara pemeriksaan yang betul, jenis hak milik rumah yang dilelong, dan bagaimana untuk mendapatkan maklumat bank yang memiliki hartanah tersebut.

Penting juga untuk mengetahui siapa yang memegang hak milik hartanah dan meminta pengisytiharan jualan, yang mana akan memberikan anda pelbagai maklumat termasuk sejarah hartanah itu.

Mempunyai pengetahuan mendalam mengenai proses dan latar belakang lelongan hartanah akan mengurangkan risiko untuk anda sebagai pembeli, dan juga kemungkinan untuk anda menghadapi masalah besar di kemudian hari.

Pembidaan

Untuk membuat bidaan pada hartanah lelong, anda perlulah menghadiri lelongan – proses yang bukan sahaja sekadar memunculkan diri pada hari itu, samada secara sendiri atau dalam talian.

Anda perlu mendaftar untuk lelongan dan berbincang dengan bank tentang niat anda untuk membeli rumah lelong.

Sebabnya, anda perlu menyediakan bank draf bernilai 10% dari harga rizab hartanah tersebut (harga terendah yang dapat diterima) yang akan disenaraikan secara terbuka oleh rumah lelongan.

Pada hari lelongan, anda perlu memahami terma dan syarat jualan, yang akan diberi bersama nombor lelongan anda, dan bersiap sedia untuk membida apabila pelelong mengumumkan hartanah yang anda mahukan.

Jangan lupa harga maksimum yang anda sanggup bayar, dan kawal diri anda jika terdapat persaingan untuk hartanah tersebut – perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah membida lebih daripada yang anda mampu bayar.

Jika boleh, hadiri lelongan yang mempunyai beberapa hartanah yang anda minati supaya peluang untuk anda menang adalah lebih tinggi.

Komplikasi yang tidak dijangka

Walaupun komplikasi boleh timbul dengan mana-mana jualan rumah, mungkin terdapat komplikasi yang lebih banyak daripada biasa jika anda membeli hartanah lelong.

Komplikasi yang biasa termasuk tidak mengetahui dengan lebih awal bahawa kaveat telah ditempatkan pada rumah oleh pihak ketiga.

Ini bermakna bahawa orang lain yang berminat dengan rumah lelong yang sama telah memfailkan dokumen undang-undang, yang dipanggil kaveat, pada rumah tersebut.

Ini boleh menyebabkan jualan rumah tergendala selama berbulan-bulan dan pinjaman rumah untuk hartanah tersebut akan menjadi sangat sukar untuk diperolehi.

Lagi satu kesulitan adalah mengetahui bahawa bank anda tidak dapat melanjutkan pembiayaan yang anda pilih disebabkan jenis pajakan hartanah tersebut.

Mendapatkan pengisytiharan jualan akan memberikan maklumat ini, dan ia adalah langkah yang sangat penting dan tidak boleh dilepaskan jika anda ingin membeli rumah lelong.

Kelebihan Rumah Lelong

Harga yang lebih baik

Membida rumah yang dijual pada lelongan bermakna anda dapat membeli rumah pada harga yang lebih rendah berbanding kadar pasaran.

Ini bermakna, anda dapat memiliki rumah yang lebih besar atau di lokasi pilihan anda, lebih-lebih lagi jika harga rumah yang anda idamkan berada di luar jangkauan anda.

Jadi bila anda dapat membeli rumah pada harga jauh lebih rendah daripada yang djangkakan, lebihan wang yang anda ada boleh digunakan untuk pengubahsuaian atau dekorasi rumah.

Kadar komisen rendah

Jika anda memilih untuk menggunakan ejen atau wakil lain (seperti peguam) untuk membida di lelongan, anda biasanya akan membayar mereka peratusan komisen yang lebih rendah.

Berbanding dengan membeli rumah melalui saluran biasa, anda akan dapat menikmati penjimatan kos lebih tinggi.

Mahukan harga yang lebih baik? Pergi ke tempat lelongan dan buat tawaran bida pada hartanah yang anda mahukan dengan sendiri.

Percaya pada naluri

Membeli rumah lelong memerlukan pembeli membuat penyelidikan yang menyeluruh, terutamanya jika anda tidak mahu menggunakan khidmat broker hartanah dalam misi pencarian anda.

Anda perlu mencari hartanah lelong (biasanya disenaraikan dalam talian), pilih yang anda minati, dan tetapkan temu janji untuk melawat hartanah tersebut.

Walaupun tanggungjawabnya besar – terutamanya jika anda pembeli rumah lelong kali pertama – ia memberi anda peluang untuk mempercayai diri sendiri dan mengikut naluri anda samada hartanah yang dijumpai sesuai atau tidak.

Kekurangan Lelongan Hartanah

Bagaimana Lelongan Hartanah Berfungsi?

Secara umumnya, terdapat dua jenis lelongan hartanah iaitu lelongan yang dijalankan di tempat fizikal ataupun secara dalam talian/online.

Di bawah adalah langkah-langkah yang berkaitan dengan kedua-dua jenis lelongan tersebut:

Lelongan Hartanah Di Tempat Fizikal

Pertama sekali, anda perlu mendaftar dengan memberikan maklumat peribadi dan menghantar deposit kepada pelelong.

Anda boleh pilih untuk memberikan deposit melalui pemindahan bank, atau melalui bank draf.

Jika pembayaran dibuat dalam bentuk bank draf, anda perlu menggunakan Pos Laju, atau serahkannya dengan sendiri dalam beberapa hari bekerja yang ditentukan.

Jika anda tidak sempat untuk ke lelongan, ejen hartanah anda boleh mewakili anda.

Lelongan Online Hartanah

Untuk lelongan online atau dalam talian hartanah, anda perlu mendaftar di portal e-lelong terlebih dahulu. Sebaik sahaja diluluskan, anda boleh melayari penyenaraian hartanah.

Maklumat lain yang anda boleh dapatkan adalah:

  • Harga rizab
  • Lokasi
  • Jenis hartanah
  • Tempoh pemegangan hartanah
  • Kawasan binaan atau saiz tanah

Sekiranya anda telah bertemu dengan hartanah yang ingin dibida, anda perlu mendaftar sebagai pembida, dan sejurus itu membayar deposit yang ditetapkan.

Permulaan Lelongan

Pastikan anda tiba awal di dewan lelongan, dan membawa semua yang diperlukan.

Jika anda mengambil bahagian dalam lelongan dalam talian, pastikan anda hadir di portal pembida sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sebelum bidaan bermula.

Pembidaan

Apabila membida untuk hartanah yang diinginkan, pastikan anda sentiasa membuat bidaan dalam peruntukan yang telah ditetapkan.

Walaupun suasana di tempat lelongan mungkin boleh membuatkan anda terbawa-bawa dengan emosi, anda harus sentiasa beringat supaya tidak membida tawaran harga yang mungkin anda sesali di kemudian hari.

Tandatangan Dokumen

Jika bidaan anda berjaya untuk lelongan fizikal, anda akan dipanggil untuk membuat pembayaran deposit dan menandatangani dokumen POS. Apabila dokumen sudah dicop, anda akan diberikan salinan asli.

Bagi lelongan dalam talian pula, anda perlu menandatangani Kontrak Jualan dan membayar baki deposit (jika ada) melalui pemindahan bank dalam talian, Pos Laju, atau dengan sendiri pada hari bekerja tertentu.

Bayar Baki Harga Belian

Akhir sekali, anda perlu membayar baki selebihnya daripada harga bidaan yang berjaya dalam masa 90 hingga 120 hari dari tarikh lelongan.

Sebelum anda membuat keputusan tentang hartanah lelong, lihat dahulu kelebihan dan kekurangannya di bawah:

Kelebihan Rumah Lelong

Langkah Menyertai Lelongan Hartanah

Sangatlah penting untuk anda membuat penyelidikan terperinci tentang lelongan hartanah dan fahami bagaimana ia berfungsi supaya tidak tersilap langkah dan mengalami kerugian.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum menyertai lelongan hartanah.

Kenalpasti Rumah Lelong

Selidik dahulu lokasi rumah lelong supaya anda tahu jika anda akan menyukai kawasan tersebut dan pada masa yang sama dapat bersiap sedia dari segi kewangan.

Sebagai contoh, anda mungkin lebih berminat dengan hartanah di Mont Kiara, Kota Damansara, atau Cheras kerana kawasannya yang lebih membangun.

Oleh itu, anda boleh lawati dahulu sekitar rumah lelong dan bandingkan harga rizab lelongan dengan harga hartanah yang serupa di situ supaya anda tahu tawaran harga yang berbaloi untuk dibida.

Jumpa Pemaju dan Pejabat Tanah

Seterusnya, semak dengan pemaju dan pejabat tanah tentang hartanah lelong tersebut. Pastikan anda catat semua butiran penting seperti:

  • Nombor lot hartanah
  • Alamat
  • Status hak milik
  • Lokasi
  • Harga Rizab Lelongan

Anda juga perlu mendapatkan Pengisytiharan Jualan atau ‘Proclamation of Sale’ (POS).

Periksa Rumah Lelong & Kawasan Sekitar

Jika anda sudah tahu rumah lelong mana yang hendak dibida pada lelongan tertentu, adalah lebih baik jika anda boleh pergi ke rumah tersebut dan lokasinya.

Lakukan pemeriksaan terperinci supaya anda dapat menggambarkan apa anda bakal perolehi.

Selain itu, jangan lupa untuk mendapatkan satu salinan Pengisytiharan Jualan yang mengandungi maklumat penting mengenai hartanah lelongan.

Dapatkan bantuan Peguam

Mengupah peguam untuk menyelesaikan urusan membeli hartanah lelong adalah sangat penting, terutamanya untuk hal-hal yang berkaitan dengan cukai taksiran dan cukai tanah.

Peguam juga dapat membantu mengkaji pembayaran penyelenggaraan yang tertunggak dengan pemaju, serta terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen POS.

Bersiap Sedia untuk Lelongan

Pastikan anda menyediakan jumlah deposit yang diperlukan untuk lelongan.

Apabila melangkah masuk ke dewan lelongan, anda dikehendaki untuk menunjukkan bank draf dan kad pengenalan anda – dua benda yang paling penting untuk dibawa ke lelongan hartanah!


2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!