Cerita Rumah.cash : | Nilai transaksi hartanah 2023 |

| Nilai transaksi hartanah 2023 |

Nilai transaksi hartanah Malaysia mencatat rekod baharu sebanyak RM196.83 bilion pada 2023, meningkat 9.9 peratus berbanding tahun lalu dengan nilai RM179.07 bilion. NAPIC – (6th March 2024)

Penyumbang transaksi:

Residential – 51.3%
Komersial – 19.5%
Industri – 12.2%
Pertanian – 9.5%
Lain-lain – 7.5%

Momentum pemulihan pasaran hartanah tahun ini akan terus disokong melalui langkah inisiatif Belanjawan 2024. – Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Antara inisiatif tersebut:

1. RM2.47B peruntukan untuk rumah mampu milik.

2. RM10B peruntukan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

3. Pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama <RM500k diteruskan. (Yang ni patut anda berikan perhatian). Banyak tau jimat!

Pada pendapat abang, ada satu lagi penyumbang dalam pemulihan sektor hartanah ini adalah –

Pengumuman kadar kenaikan gaji 15% untuk penjawat awam baru-baru ini.

Semalam abang ada terima mesej dari penjawat awam yang sebelum ni berkira-kira untuk beli rumah, menyatakan dengan kenaikan gaji ini, beliau lebih yakin & bersedia untuk membuat pembelian.

Kawan – kawan,

Apa pendapat anda,
Adakah pasaran hartanah terus pulih & kembali meningkat?

Dipetik dari sumber: https://theedgemalaysia.com/node/703628

– Abang Rast –

p/s:

* Poin no.3 – Pengecualian duti setem sepenuhnya untuk hartanah di bawah RM500k.
* Setiap projek refurbish dari Rumah.cash semuanya di bawah RM500k.
* So, korang boleh dapatkan pengecualian duti setem ni PLUS – legal fees pun ada yang kami berikan percuma tau.

Boleh follow. Mana tau ada projek refurbish kat kawasan korang nanti.

Ciao guys.

Sekiranya anda seorang pesara tentera dan memiliki rumah terbiar, hubungi kami untuk dapatkan penyelesaian dan buat keuntungan.

2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!