Terima kasih dan tahniah En Ramzi kerana mempercayai kami untuk menjualkan rumah busuk beliau.
Tujuan asal pembelian rumah busuk yang murah ini adalah kerana ingin didiami selepas dibaikpulih oleh beliau.

Telah ditakdirkan beliau berkahwin dan bertukar tempat kerja yang jauh dari rumah tersebut. Keluarganya yang semakin membesar menyebabkan semakin sukar untuk memulakan kerja baikpulih untuk rumah busuk ini.
Sejak pembelian pada tahun 2018, rumah ini masih terbiar sehingga kini.
Akhirnya En Ramzi memutuskan untuk menjual rumah busuk ini untuk simpanan dan perbelanjaan keluarga beliau.

