Alhamdulillah dan tahniah kepada En Aznan kerana kami telah berjaya menjualkan rumahnya. En Aznan merupakan seorang pesara askar yang memiliki rumah terbiar di Seremban yang dibeli pada tahun 2002.
Rumah beliau terbiar sejak tahun 2016 selepas En Aznan ditipu oleh rakannya sendiri yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sewaan rumah tersebut. Rakannya mengutip duit sewa tetapi menipu En Aznan dengan mengatakan bahawa penyewa telah pindah keluar.
En Aznan yang tinggal berjauhan akhirnya memutuskan untuk membiarkan rumah ini terbiar kerana tiada masa dan tenaga yang dipercayai untuk menguruskannya.
Keputusan untuk menjual akhirnya dibuat kerana beliau memerlukan dana untuk rawatan anaknya.

