Kelebihan Rumah Lelong

Harga yang lebih baik

Membida rumah yang dijual pada lelongan bermakna anda dapat membeli rumah pada harga yang lebih rendah berbanding kadar pasaran.

Ini bermakna, anda dapat memiliki rumah yang lebih besar atau di lokasi pilihan anda, lebih-lebih lagi jika harga rumah yang anda idamkan berada di luar jangkauan anda.

Jadi bila anda dapat membeli rumah pada harga jauh lebih rendah daripada yang djangkakan, lebihan wang yang anda ada boleh digunakan untuk pengubahsuaian atau dekorasi rumah.

Kadar komisen rendah

Jika anda memilih untuk menggunakan ejen atau wakil lain (seperti peguam) untuk membida di lelongan, anda biasanya akan membayar mereka peratusan komisen yang lebih rendah.

Berbanding dengan membeli rumah melalui saluran biasa, anda akan dapat menikmati penjimatan kos lebih tinggi.

Mahukan harga yang lebih baik? Pergi ke tempat lelongan dan buat tawaran bida pada hartanah yang anda mahukan dengan sendiri.

Percaya pada naluri

Membeli rumah lelong memerlukan pembeli membuat penyelidikan yang menyeluruh, terutamanya jika anda tidak mahu menggunakan khidmat broker hartanah dalam misi pencarian anda.

Anda perlu mencari hartanah lelong (biasanya disenaraikan dalam talian), pilih yang anda minati, dan tetapkan temu janji untuk melawat hartanah tersebut.

Walaupun tanggungjawabnya besar – terutamanya jika anda pembeli rumah lelong kali pertama – ia memberi anda peluang untuk mempercayai diri sendiri dan mengikut naluri anda samada hartanah yang dijumpai sesuai atau tidak.

Kekurangan Lelongan Hartanah

Sekiranya anda seorang pesara tentera dan memiliki rumah terbiar, hubungi kami untuk dapatkan penyelesaian dan buat keuntungan.

2023 © Rumah.cash

Daftar Penjual

Isi borang yang telah disediakan ini untuk pendaftaran bersama kami.

Rumah busuk pesara tentera

Anda pesara tentera?

Tukar rumah terbiar anda kepada duit. Hubungi kami sekarang!