Secara umumnya, terdapat dua jenis lelongan hartanah iaitu lelongan yang dijalankan di tempat fizikal ataupun secara dalam talian/online.
Di bawah adalah langkah-langkah yang berkaitan dengan kedua-dua jenis lelongan tersebut:
Lelongan Hartanah Di Tempat Fizikal
Pertama sekali, anda perlu mendaftar dengan memberikan maklumat peribadi dan menghantar deposit kepada pelelong.
Anda boleh pilih untuk memberikan deposit melalui pemindahan bank, atau melalui bank draf.
Jika pembayaran dibuat dalam bentuk bank draf, anda perlu menggunakan Pos Laju, atau serahkannya dengan sendiri dalam beberapa hari bekerja yang ditentukan.
Jika anda tidak sempat untuk ke lelongan, ejen hartanah anda boleh mewakili anda.
Lelongan Online Hartanah
Untuk lelongan online atau dalam talian hartanah, anda perlu mendaftar di portal e-lelong terlebih dahulu. Sebaik sahaja diluluskan, anda boleh melayari penyenaraian hartanah.
Maklumat lain yang anda boleh dapatkan adalah:
- Harga rizab
- Lokasi
- Jenis hartanah
- Tempoh pemegangan hartanah
- Kawasan binaan atau saiz tanah
Sekiranya anda telah bertemu dengan hartanah yang ingin dibida, anda perlu mendaftar sebagai pembida, dan sejurus itu membayar deposit yang ditetapkan.
Permulaan Lelongan
Pastikan anda tiba awal di dewan lelongan, dan membawa semua yang diperlukan.
Jika anda mengambil bahagian dalam lelongan dalam talian, pastikan anda hadir di portal pembida sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sebelum bidaan bermula.
Pembidaan
Apabila membida untuk hartanah yang diinginkan, pastikan anda sentiasa membuat bidaan dalam peruntukan yang telah ditetapkan.
Walaupun suasana di tempat lelongan mungkin boleh membuatkan anda terbawa-bawa dengan emosi, anda harus sentiasa beringat supaya tidak membida tawaran harga yang mungkin anda sesali di kemudian hari.
Tandatangan Dokumen
Jika bidaan anda berjaya untuk lelongan fizikal, anda akan dipanggil untuk membuat pembayaran deposit dan menandatangani dokumen POS. Apabila dokumen sudah dicop, anda akan diberikan salinan asli.
Bagi lelongan dalam talian pula, anda perlu menandatangani Kontrak Jualan dan membayar baki deposit (jika ada) melalui pemindahan bank dalam talian, Pos Laju, atau dengan sendiri pada hari bekerja tertentu.
Bayar Baki Harga Belian
Akhir sekali, anda perlu membayar baki selebihnya daripada harga bidaan yang berjaya dalam masa 90 hingga 120 hari dari tarikh lelongan.
Sebelum anda membuat keputusan tentang hartanah lelong, lihat dahulu kelebihan dan kekurangannya di bawah:
Kelebihan Rumah Lelong
